Pesawat EgyptAir MS804 dari Paris ke Kaherah hilang dari radar

Sebuah pesawat EgyptAir yang berlepas dari Paris ke Kaherah dengan 69 orang termasuk 10 anak kapal hilang daripada radar, kata syarikat penerbangan itu di akaun Twitter yang disahkan hari ini.

Mesej tweet di akaun rasmi syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MS804 meninggalkan Paris pada jam 11.09 malam waktu tempatan menuju ke Kaherah hilang dari radar.

Satu lagi tweet dalam bahasa Arab berkata, mereka terputus hubungan pada jam 2.45 pagi waktu Kaherah, ketika pesawat itu baru saja memasuki ruang udara Mesir pada ketinggian 11,000 meter.

Terdapat 59 penumpang dan 10 anak kapal, menurut syarikat penerbangan itu.

“Pihak EgyptAir sudah menghubungi pihak berkuasa dan badan berkaitan serta pemeriksaan sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat,” kata satu lagi tweet dalam bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, jurucakap Agensi Penerbangan Awam Mesir memberitahu SkyNews Arabia, Ihab Raslan, Airbus A320 berkemungkinan besar terhempas ke dalam laut. –

Pada Mac lalu sebuah penerbangan EgyptAir dari Alexandria El Nohza ke Kaherah dirampas dan terpaksa dialihkan ke Cyprus, apabila seorang perampas yang mengalami tekanan perasaan menuntut untuk berjumpa bekas isterinya.

Dia menyerah selepas enam jam selepas bertemu jalan buntu dan insiden itu berakhir dengan aman. – AFP

Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah hilang dari radar

Pesawat EgyptAir dari Paris ke Kaherah hilang dari radar

 

Sumber: BH Online

Post a Comment

Previous Post Next Post