Dek kerana memiliki rupa yang comel dan pandai mencuri perhatian ramai netizen, bagi sesetengah mereka yang terjumpa dengan anak selebriti pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk berselfie.
Walau bagaimanapun, bukan sahaja berselfie tetapi turut mengambil kesempatan untuk mencium pipi, picit, gomol dan pegang. Sayangnya, Lara mempunyai kulit yang agak sensitif sehingga mengakibatkan kulit menjadi merah.
Jadi, sebab itulah Awal dan Scha ada memuat naik gambar dan status memberitahu mengenai perkara itu.
"Bila mommy or daddy kata jangan kiss Lara, bukan sebab mereka eksyen or sombong, sebab Lara ini ada eczema. Lipstick merah yang auntie semua pakai tu can cause this to my face. So next time if jumpa Lara, takyah kiss, gomol, picit ataupun pegang okay? Kita selfie je. Harap semua faham. #eczema," tulisnya.
MH ONline tidak menafikan pipi anak tunggal pasangan ini akan buat orang semakin geram, apatah lagi mempunyai telatah yang mencuit hati. Tetapi, selepas ini berhati-hatilah ya, dapatkan keizinan daripada ibu dan bapanya dulu.
#sumber Instagram Lara Alana