Suami mengamuk seret dan pijak isteri hanya kerana salah faham kecil

Suami mengamuk seret dan pijak isteri hanya kerana salah faham kecil

Berpunca daripada perselisihan faham kecil, seorang suri rumah diseret sebelum dipijak beberapa kali oleh suaminya, dalam kejadian di sebuah rumah di Kuala Nerus, Selasa lalu.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kira-kira jam 4 petang, pertengkaran mulut di antara mangsa, 23, dengan suaminya, 30, tercetus disebabkan berlaku sedikit perselisihan faham.

Suami mengamuk seret dan pijak isteri hanya kerana salah faham kecil

Suami mengamuk seret dan pijak isteri hanya kerana salah faham kecil

“Pertengkaran itu akhirnya menjadi semakin ‘panas’ apabila suspek gagal mengawal emosi, lalu bertindak mengheret mangsa dengan menarik lengannya di atas lantai.

“Meskipun dirayu beberapa kali oleh mangsa, namun suspek bertindak memijak kepala wanita malang itu beberapa kali,” katanya.

Walaupun masih dalam kesakitan, mangsa nekad keluar dari rumah tersebut untuk menyelamatkan dirinya, sebelum mengambil keputusan bersembunyi di rumah keluarganya di Manir, di sini.

Sumber berkata, perbuatan melampau suspek itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher dan luka di dahi, serta sakit hampir keseluruhan di badannya.

“Mangsa mendakwa, insiden terbabit bukan pertama kali berlaku sepanjang menjadi isteri, malah sebelum ini suspek sering bertindak kasar terhadapnya terutama apabila berlaku perselisihan faham.

“Bagaimanapun, mangsa mendakwa perbuatan suspek sebelum ini dirahsiakan kerana ingin menjaga keharmonian rumah tangga mereka, namun kali ini, dia nekad membuat laporan polis disebabkan tidak sanggup lagi diperlakukan sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) kerana menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

Sumber : Sinar

Post a Comment

Previous Post Next Post