Susulan kes kemalangan yang berlaku di kilometer 228 Lebuh Raya Ayer Keroh, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Valluvan Veloo berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan.
Datuk Valluvan menjelaskan, kes tersebut boleh dilihat mengikut Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 9 bagi keperluan memberi keutamaan kepada ambulans, kenderaan rasmi polis, kastam, penjara dan JPJ, serta Kaedah 53 akta sama untuk penyalah gunaan lorong kecemasan.
Kedua-dua akta membawa hukuman maksimum denda RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua.
Tambahnya lagi, video serta gambar yang diambil oleh saksi kejadian boleh dilampirkan sebagai bukti kesalahan untuk pemandu tersebut diambil tindakan.