Zoo terpaksa tembak mati 2 singa untuk selamatkan lelaki mahu bunuh diri yang terjun dalam kandang

Zoo terpaksa tembak mati 2 singa untuk selamatkan lelaki mahu bunuh diri yang terjun dalam kandang

 

Sebuah zoo di ibu negara Chile terpaksa menembak mati dua singa pada Sabtu bagi melindungi seorang lelaki yang mahu membunuh diri selepas memasuki kandang haiwan berkenaan.

Tindakan lelaki yang cuba membunuh diri itu mengejutkan para pengunjung.

Ketua Zoo Santiago, Alejandra Montalva memberitahu rangkaian televisyen TVN bahawa protokol keselamatan dilaksanakan serta-merta selepas kakitangan melihat seorang lelaki menuruni ke kadang singa dari Afrika itu dengan menggunakan tali.

Zoo terpaksa tembak mati 2 singa untuk selamatkan lelaki mahu bunuh diri yang terjun dalam kandang

Zoo terpaksa tembak mati 2 singa untuk selamatkan lelaki mahu bunuh diri yang terjun dalam kandang

Dua haiwan karnivor tersebut, satu jantan dan satu betina mempunyai naluri untuk menyerang dan perlu ditundukkan.

 

Beliau menjelaskan bahawa peluru pelali tidak dapat menghentikan serangan serta-merta.

“Kami masih terkejut dengan insiden yang berlaku kerana haiwan-haiwan di zoo merupakan sebahagian daripada keluarga kami,” kata Montalva.

“Ia merupakan singa yang telah bersama kami selama lebih 20 tahun.”

Lelaki yang mahu membunuh diri itu dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. – AFP

Sumber : Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post