2 Budak 10 tahun diliwat peneroka felda warga emas 59 tahun di dalam kebun

Dua kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun mendakwa diliwat seorang peneroka berusia 59 tahun di dalam kebun tanah rancangan FELDA di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian diketahui ibu seorang daripada mangsa yang menceritakan kejadian itu ketika berada di rumah pada 7.30 malam.

Dua budak dakwa diliwat peneroka

Dua budak dakwa diliwat peneroka

Menurutnya, kanak-kanak terbabit mendakwa dia dan rakannya diliwat suspek di kawasan kebun sekitar tanah rancangan sebelum diberi wang sebanyak RM6.

“Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan lelaki itu kemudian segera membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada 9 malam tadi.

“Susulan laporan itu, pihaknya menjalankan siasatan dan ke lokasi, namun suspek sudah ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, suspek ditahan reman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post