(7 Gambar) Lamborghini Centenario dijual pada harga RM7.75 juta, 0 - 99km/j Dalam Masa 2.8 Saat



LOS ANGELES, 13 Jun – Sebuah kereta Lamborghini Ultra Centenario buatan AS yang dikatakan terpantas dan paling jarang ditemui dipamerkan buat kali pertama kepada oarng ramai di Muzium Automotif Petersen di sini kelmarin.

Kereta terbabit mampu bergerak dari 0 ke 99 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 2.8 saat dan boleh mencapai kelajuan sehingga 349km/j.

Bagaimanapun, kereta berharga AS$1.9 juta (RM7.75 juta) itu dikeluarkan dalam unit terhad iaitu sebanyak 40 buah sahaja seluruh dunia.

Lamborghini berkenaan dinamakan sebagai Centenario sebagai pengiktirafan 100 tahun ulang tahun kelahiran pengasas syarikat itu, Ferruccio Lamborghini yang lahir pada 28 April 1916.

Centenario dilengkapi 776 kuasa kuda iaitu enjin paling berkuasa yang pernah dibina oleh syarikat itu selain menggunakan kerangka karbon fiber menyebabkannya ringan serta tampil dengan aerodinamik terkini.

Kereta mewah itu bagaimanapun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisinya terutamanya dari segi reka bentuk yang tajam pada bahagian hadapan dan sayap pintu. – Agensi








lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post