Pelakon Ahya Rosli menjelaskan bukan niat asalnya untuk menampil tubuh di laman Instagram tetapi foto-foto itu digemari peminatnya.
Anak seniwati Normah Damanhuri berkata gambar tayang badan itu, malah, memberi inspirasi kepada mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat.
“Saya tidak suka tunjuk tapi orang lain suka tengok, jadi saya buatlah apa yang orang suka. Artis ini penghibur, jadi kita hiburkan orang bila orang suka macam itu.
“Banyak yang ambil jadikan motivasi. Banyak suka tengok badan Ahya yang tidak tinggal ke gimnasium. Sihat saja,” kata pelakon utama filem “Harmonika” kepada ProjekMMO.
Ahya, 29, kini memiliki lebih 41,000 pengikut di Instagram memaparkan aktiviti seharian selaku jurulatih peribadi.
Memiliki lebih 40 pelanggan di sekitar Lembah Klang, pelakon “Tanda Putera” ini menjadi jurulatih dalam sukan muay thai dan mereka yang mahu bersenam di gimnasium.
“Saya boleh juga mengajar di rumah. Yurannya, bagi 10 sesi RM1,000. Satu sesi dua jam. Ahya ajar diet dan bina badan.
“Untuk mereka yang hendak kurangkan berat badan dan kuatkan stamina. Badan pun jadi sihat. Senang saja siapa nak kurus,” katanya minggu ini.
Ditanya mengapa laman Instagram pelakon itu memaparkan gambar gadis-gadis seksi, Ahya berkata kebanyakan daripada mereka klien beliau sendiri.
“Klien saya banyak perempuan. 80 peratus perempuan. Semua perempuan cantik. Mereka suka saya mungkin sebab ikhlas.
“Dalam gambar lain, jumpa depan lain. Kalau kurang ajar memanglah kena belasah. Kalau baik, tidak ada masalah,” kata Ahya, yang mengaku masih belum berpunya.
Walau sering dilihat dalam gaya tinju Siam di akaun media sosialnya, namun dirinya bukan seorang yang panas baran, tambahnya.
Beberapa bulan lalu, sekeping foto lelaki bercium di tepi pantai di laman sosial miliknya mencetuskan kontroversi.
Namun, beliau menegaskan gambar tersebut dijumpai di Instagram dan dimuat naik kembali olehnya.
Sumber: Projek MMO