BUDAYA buli di sekolah mahu pun pusat pengajian tinggi bukanlah satu isu baharu malah di sesetengah IPT bagaikan sudah jadi satu kemestian buat para senior melakukan perbuatan buli bagi ‘menyambut’ kedatangan pelajar baharu.
Bagaimana pun sudah agak lama juga budaya buli atau ‘ragging’ tidak didengari hinggalah baru-baru ini, apabila seorang pengguna Twitter berkicau tentangnya sekali gus menjadi viral dalam beberapa hari lalu.
Dalam tweet Pwincess mendakwa, sekumpulan senior dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM Puncak Perdana dikenali sebagai Batch Ferrari telah ‘mendera’ pelajar-pelajar junior melakukan perkara-perkara tak rasional demi mendapatkan 200 autograf senior dalam masa tiga hari.
Pelajar junior juga dikehendaki melakukan apa sahaja permintaan senior sekiranya ingin mendapatkan tanda tangan mereka antaranya masuk dalam almari, menyanyi dan meniup kipas guna boxer.
Tidak bersetuju dengan hal berkenaan, pelajar junior ini kemudian ‘mengadu’ dengan memuat naik perkara itu di Internet.
Rata-rata netizen memberi respon bahawa budaya buli seperti itu adalah ketinggalan zaman dan selayaknya hanya dilakukan ketika zaman persekolahan sahaja.
Bagi yang setuju.. apa hujah anda? – MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
TerkiniInfo