Bingit di waktu subuh apabila diguna sejam awal, Majlis Ulama hadkan pembesar suara masjid pada Ramadan

Gara-gara pembesar suara digunakan sejam awal sebelum masuk waktu Subuh, Majlis Ulama Indonesia (MUI) di Kalimantan Timur menggesa agar penggunaannya dihadkan semasa bulan Ramadan.

Bingit di waktu subuh, Majlis Ulama hadkan pembesar suara masjid pada Ramadan

Bingit di waktu subuh, Majlis Ulama hadkan pembesar suara masjid pada Ramadan

Pengerusi MUI Kalimantan Timur, Hamri Haz berkata penggunaan pembesar suara yang terlalu lama di masjid mengganggu penduduk sekitar yang bukan beragama Islam.

“MUI Kaltim mengimbau agar sepanjang Ramadan penggunaan pembesar suara cuma 15 minit sebelum dan sesudah azan.”

“Sebab kadang ada yang menggunakan pembesar suara jam pukul 4 pagi, padahal azan subuh jam 5 pagi. Itu tentu mengganggu warga sekitar,” katanya seperti dilaporkan portal JPNN.

Hamri berkata tidak menjadi masalah kepada jemaah yang mahu mengaji al-Quran tetapi tidak boleh menggunakan pembesar suara.

Katanya, kelantangan bunyi pembesar suara itu bukan saja mengganggu penduduk yang mahu beristirehat tetapi mengundang risiko kepada penghidap penyakit jantung.

“Silakan beribadah tapi jangan sampai mengganggu keamanan orang lain. Itu bukan pahala, Nabi juga melarang yang demikian,” beliau dilaporkan berkata.

Namun begitu, gesaan ini tidak diumumkan oleh MUI di keseluruhan negara Indonesia.

Selain pengumuman itu, Hamri juga menggesa agar kerajaan menutup pusat hiburan, kafe malam dan penginapan yang mungkin mengundang maksiat.

Jun tahun lepas, naib presiden Jusuf Kalla menubuhkan satu jawatankuasa bagi menilai kadar bunyi bising yang dihasilkan oleh pembesar suara di masjid, selepas semakin banyak aduan timbul ekoran aktiviti masjid sekitar bulan puasa.

Terdapat kira-kira 800,000 buah masjid di republik itu, yang mempunyai populasi penganut Islam teramai di dunia, lapor agensi AFP.

 

Sumber: Projek MMO

Post a Comment

Previous Post Next Post