Kopi & XOXO milik Nora Danish di Bangsar ditutup kerana sewa mahal

Ekoran sewa bulanan agak mahal, aktres Nora Danish terpaksa menghentikan operasi kafe miliknya, Kopi & XOXO di Bangsar walaupun baru setahun beroperasi.

Nora Danish terpaksa menutup cawangan Kopi & XOXO di Bangsar. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish

Nora Danish terpaksa menutup cawangan Kopi & XOXO di Bangsar. — Foto ihsan Instagram/Nora Danish

Namun sebagai ganti, beliau membuka operasi baru di Bangi, Selangor dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini.

“Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi.

“Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi yang baru saja beroperasi dalam waktu terdekat ini,” katanya dipetik laporanUtusan Malaysia, hari ini.

 

 

Pelakon ‘Suamiku Jatuh Dari Langit’ itu juga membuka sebuah butik miliknya di Bangi kerana mudah baginya menguruskan perniagaan pakaian dan kafe miliknya serentak.

“Kedudukan kafe dan butik bersebelahan sahaja dan akan dibuka pada awal bulan Ramadan ini. Saya sudah dapat lihat yang sepanjang Ramadan ini saya akan berada di Bangi bagi menguruskan perniagaan saya.

“Kenapa saya pilih Bangi? Saya dapat lihat pasaran di sana amat menggalakkan,” katanya.

Nora sebelum ini memiliki koleksi pakaian dan tudung jenama sendiri, Owl by ND yang boleh didapati secara online atau kedai Whitehanger di Seksyen 7 Shah Alam.

 

 

Sumber: Projek MMO

Post a Comment

Previous Post Next Post