Bolehkah Mandi Kerana Letih Puasa?
Anggapan mandi semasa puasa kerana letih ataupun mandi selepas asar semasa puasa itu makruh, tiada dalil yang kukuh. Sebaliknya, ada riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga.
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Sumber: Facebook DrMaza
Tags:
tbKOR