Lelaki dijerat kekasih kononnya hamil, tetapi peliknya lepas 3 hari kahwin baru tahu wanita itu sebenarnya ‘lelaki’

Seorang lelaki ditipu bulat-bulat oleh ‘kekasihnya’ yang kononnya hamil sebelum mendapat tahu ‘wanita’ itu sebenarnya lelaki.

Mangsa bernama Wang dari Huaiyang, wilayah Henan, mengenali kekasihnya itu di Internet dan menjalinkan hubungan sehingga ‘wanita’ terbabit memberitahunya dia hamil.

 Jerat 'wanita' hamil

Jerat ‘wanita’ hamil

Keluarga Wang terus membuat perancangan untuk majlis perkahwinan pasangan itu, namun mereka semua terkejut apabila pengantin wanita itu menghilangkan diri hanya tiga hari selepas majlis dan melarikan hadiah serta barangan berharga puluhan ribu yuan.

Kerana menyangka pasangan itu sekadar bertengkar, keluarga terbabit tidak melaporkan kehilangan si isteri kepada polis, lapor Sina.

Namun pada masa sama, seorang lelaki dari Ruzhou melaporkan kepada polis mengenai gadis ditemuinya bernama Miao Xiaomin yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuknya menyerahkan 31,000 yuan (RM19,400).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post