Burung Unta Sesat Berlari Tak Tentu Hala Di Lebuh Raya KL (Video)


KUALA LUMPUR, 16 Jun ― Burung unta di sini tidak menyorok kepala di dalam tanah, sebaliknya ia berlari dan terus berlari di sepanjang lebuh raya.
Seekor burung unta sesat ditemui berlari tidak tentu hala dari sebuah perhentian dekat Universiti Malaya sebelum turun ke Lebuhraya Persekutuan ke arah pusat bandar.
Gelagatnya yang dalam keadaan panik itu berjaya dirakam penerbit stesen radio BFM kira-kira 3.45 petang ini sebelum memuatkan di akaun Instagram dan Facebook miliknya.
“Saya sedang memandu dengan kelajuan 35 km sejam, lebih kurang kelajuan burung unta itu. Tetapi ia berlari masih dalam had laju yang dibenarkan, jadi tiada saman untuknya,” kata Jeff Sandhu, berjenaka.
Semua pemandu kelihatan memperlahankan kenderaan masing-masing gara-gara kemunculan tidak terduga haiwan menarik tersebut.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak menerima aduan tentang burung sesat ini tetapi mereka mengetahui melalui media sosial. 


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post