Sahur Mi Segera, Anggota Polis Meninggal Dunia


JAKARTA, 15 Jun — Malang bagi seorang anggota polis bandar Jakarta Pusat, kerana meninggal dunia sejurus selepas bersahur dengan mi segera.
Bripka Adam Kurnia ketika itu sedang bekerja giliran malam dan secara tiba-tiba rebah dari meja, kata ketua perhubungan awam polis itu Komisioner Suyatno.
“Disebabkan penat, Adam berehat di ruang unit 2. Tiba-tiba beliau memanggil temannya dan mengadu sakit dada,” kata Suyatno dilapor portal Okezone.
Beberapa rakan sekerjanya cuba melakukan pertolongan cemas dengan menyapu minyak angin tetapi beliau terus mengeluh sesak nafas, diikuti batuk berdarah tidak henti-henti.
Adam kemudian dihantar ke bahagian kedoktoran dan kesihatan polis.
Kesihatan Adam semakin kritikal dan tidak sedarkan diri sehingga dibawa ke hospital, namun kemudian disahkan meninggal dunia.
“Situasi bertambah kritikal sehingga beliau tidak sedarkan diri hingga akhirnya kami memutuskan untuk membawanya ke hospital.
“Beliau disahkan meninggalkan dunia pada pukul 2.30 pagi,” katanya.
Polis Jakarta sehingga kini masih menyiasat punca kematian Adam.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post