SEORANG guru wanita di Texas, Amerika Syarikat ditahan pihak polis dan didakwa atas kesalahan melakukan penderaan seksual ke atas seorang pelajar lelakinya, berusia 13 tahun.
Hasil hubungan seks dengan pelajarnya itu, Alexandria Vera, 24, kini sedang hamil.
Alexandria berkata dia mula menjalin hubungan seks dengan pelajarnya itu sejak September lalu.
Mengikut undang-undang Texas, melakukan hubungan seks dengan individu berusia bawah 17 tahun adalah satu kesalahan merogol bawah umur melainkan kedua-duanya mempunyai jarak usia tidak kurang dari tiga tahun di antara satu sama lain.
Alexandria menyerah diri kepada polis dan kini ditahan di Penjara Negeri Montgomery.
Dalam keterangannya Alexandria berkata, ibu bapa pelajar terbabit mengetahui tentang hubungan mereka dan memberikan sokongan.
Menurut Alexandria dia berkenalan dengan pelajar terbabit ketika persekolahan musim panas tahun lalu.
Dia menyifatkan pelajarnya itu sebagai seorang yang nakal dan mengoratnya terlebih dahulu meskipun diminta Alexandria supaya berhenti mengganggunya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC