Dakwaan suspek rogol dibelasah polis sampai terima 50 jahitan sebenarnya ‘kelar’ diri sendiri

Polis Negeri Sembilan menafikan dakwaan seorang suspek rogol bahawa dia dibelasah oleh anggota polis pada 25 Mei lepas, sehingga menerima 50 jahitan ketika dirawat di sebuah hospital di sini.

 Polis: Bukan kami belasah teruk, suspek rogol ‘kelar diri sendiri’

Polis: Bukan kami belasah teruk, suspek rogol ‘kelar diri sendiri’

Ketua polis negeri Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata suspek itu Muhammad Izzatuddin Mardzuki, 27, mengelar dirinya sendiri dengan sebilah pisau lipat bersaiz kecil yang disembunyikan dalam sebuah beg ketika dia dibawa ke Mahkamah
Seremban untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

“Semasa dibawa ke Mahkamah Seremban dari ibu pejabat polis Nilai, suspek telah menggelar leher dan tangannya sendiri.

“Selain suspek, terdapat 14 suspek lain yang turut dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman dan daripada keterangan 14 suspek inilah kita mendapat tahu Muhammad Izzatuddin yang mencederakan dirinya sendiri,” katanya dalam
sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan hari ini.

Jaafar berkata anggota polis, yang mengiringi suspek yang menyedari kejadian itu, bertindak menghentikan trak polis kira-kira 1 kilometer dari Mahkamah Seremban dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak kami sedang menyiapkan kertas siasatan dan akan menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya untuk membuat tuduhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh diri.

“Selain itu, jika selepas siasatan didapati semua dakwaan itu tidak benar, pihak kami akan mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan kesalahan laporan palsu yang dibuat oleh suspek,” katanya.

Jaafar berkata siasatan juga akan dibuat terhadap empat pegawai dan anggota polis yang mengiringi suspek.

“Jika berlakunya salah guna kuasa ataupun mana-mana peraturan yang tidak diikuti semasa mengiringi suspek untuk mendapatkan perintah tahanan reman, tindakan terhadap pegawai dan anggota terlibat akan diambil,” katanya.

Muhammad Izzatuddin sebelum ini mendakwa dia telah dipukul dengan teruk oleh polis di sebuah stor barang di Bandar Baru Nilai sebelum dibawa ke balai polis Nilai di mana dia mendakwa dipukul lagi.

Suspek ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes rogol pelajar bawah umur. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO

Post a Comment

Previous Post Next Post