Ibu sumbang mahram dengan anak saudara sendiri sanggup tolong anak saudara rogol anak perempuannya

Gila…seorang ibu yang menjalinkan hubungan sumbang mahram dengan anak saudaranya telah membantu lelaki berkenaan merogol anak perempuannya yang berusia 12 tahun dalam kes yang mengejutkan ramai di Melbourne.

Ibu Keji Bantu Anak Saudara Rogol Anak Sendiri

Ibu Keji Bantu Anak Saudara Rogol Anak Sendiri

Budak tersebut ketika memaklumkan kepada polis berkata, dia menangis ketika merayu sepupunya itu daripada menghentikan perbuatan terkutuk itu namun tidak diendahkan.

Lebih malang apabila ibunya turut membantu memegang kakinya.

Wanita berusia 55 tahun itu mula menjalinkan hubungan seksual dengan anak saudaranya yang berusia 42 tahun selepas dia menetap di rumah lelaki terbabit pada 2011.

Sejak itu, mereka berdua telah melakukan penganiayaan seksual terhadap budak perempuan tersebut.

Malah dalam satu kes, ketika pasangan sumbang mahram itu melakukan seks, anak saudaranya telah menyentuh budak perempuan terbabit dan kemudian mula merogolnya.

Walaupun budak itu menangis akibat kesakitan ketika daranya pecah, namun ibunya telah memegang kakinya bagi melihat apa yang berlaku.

Budak itu telah dirogol sehingga 2014 iaitu ketika dia berusia 15 tahun.

Lelaki berkenaan hanya ditahan pada Disember 2014 selepas budak berkenaan memberitahu adik-beradiknya mengenai serangan tersebut.

Kedua-dua pelaku seks itu telah didakwa di mahkamah dan mereka mengaku salah atas tuduhan yang dikenakan.

Lelaki itu didakwa merogol kanak-kanak bawah 16 tahun manakala wanita berkenaan pula mengaku salah kerana melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap kanak-kanak.

Sumber: Mynewshub.cc

Post a Comment

Previous Post Next Post