Dato Terlajak Laris ziarah MB Kedah

Pemilik syarikat D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman antara yang hadir di Kedah Medical Center (KMC) untuk menziarah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Ahad.

Abang Terlajak Laris Ziarah MB Kedah

Abang Terlajak Laris Ziarah MB Kedah

Difahamkan usahawan kosmetik itu secara kebetulan berada di Alor Setar untuk urusan tertentu namun sempat meluangkan masa menziarahi Ahmad Bashah yang dimasukkan ke hospital berkenaan pada lewat petang Sabtu.

Bagaimanapun Aliff Syukri tidak dibenarkan menemui Ahmad Bashah yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kunjungan Aliff Syukri bagaimanapun disambut isteri menteri besar, Datin Seri Hizam Awang Ahmad.

Pada Sabtu, Ahmad Bashah dikejarkan ke hospital selepas mengadu keletihan dan pening sebelum pitam.

Ahmad Bashah sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora pada pukul 7 malam dan dikejarkan ke hospital kira-kira 7.15 malam.

Sebelum ini Ahmad Bashah dan Aliff Syukri pernah mengadakan beberapa pertemuan berhubung isu penajaan untuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bernilai RM30 juta.

Bagaimanapun perbincangan panjang antara kedua-dua pihak gagal apabila KFA yang diterajui Ahmad Bashah menolak tajaan berkenaan kerana sukar memenuhi syarat usahawan muda yang lebih terkenal dengan panggilan ‘abang terlajak laris’ itu.

 

Sumber: MStar

Post a Comment

Previous Post Next Post