Kena Tangkap Dengan Lelaki Lain, Ini Jawapan Elly


Kena Tangkap Dengan Lelaki Lain, Ini Jawapan Elly


Elly Mazlein kini menjadi tumpuan ekoran penceraiannya dengan suami baru-baru ini. Ramai yang tertanya-tanya punca penceraian mereka.

Sehingga ada cerita mengatakan Elly pernah ditangkap oleh suaminya dengan lelaki lain.

Ini komen Elly:

“Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. 

Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia ‘tangkap’ saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi”

“Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan. 

Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan”

“Saya melahirkan anak pada 6.35 petang, kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang. Saya merayu padanya untuk tak tinggalkan saya, tapi tak dilayan,” 

Dalam masa yang sama, Elly turut meluahkan rasa terkilannya dengan dakwaan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi.

Namun katanya beliau tidak menyimpan dendam dan berkira dengan tindakan bekas suami malah beliau halalkan sahaja wang hantaran berjumlah RM11,111,11 yang sehingga kini masih belum diterimanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post