Masih ramai yang berhati mulia dan baik di Malaysia ni sebenarnya. Walaupun berlainan kaum dan agama, semangat kekitaan dan toleransi antara agama tu penting. Kita tak perlu bersikap pentingkan diri atau prejudis terhadap satu sama lain.
Kami nak share dengan korang pasal cerita Johnny Yang ni. Truly, memang dia deservepenghormatan dan pujian sebab tak berkira dan bertimbang rasa. Jom baca!
Dilanggar dari belakang
Menurut Johnny Yang, keretanya dilanggar dari belakang oleh seorang pakcik berbangsa Melayu yang memandu van akibat jalan licin. Pak cik tu keluar dari van dan minta maaf berkali-kali pada dia. Yelah, dah terlanggar BMW plak tu.
Pakcik tu cakap dia akan bertanggungjawab dan bayar ganti rugi nanti. Johnny Yang pulak kata tak apa sebab pada dia kemalangan tu tak teruk mana. Tapi pakcik tu kata dia tetap rasa bersalah, lagi-lagi pulak dalam bulan Ramadan ni.
Nak doakan Johnny
Kenyataan pakcik tu buat Johnny terdiam. Katanya lagi, lebih baik duit yang digunakan untuk repair kerosakan tu dipakai untuk perkara baik yang lain atau beli makanan buat keluarga pakcik tu.
Pakcik tu menangis sambil peluk Johnny dan tanya berkali-kali sama ada Johnny betul-betul tak kisah. Pakcik tu dalam perjalanan ke masjid nak solat, dan dia minta nama Johnny untuk didoakan selepas solat nanti. Johnny sendiri terkesima bila pakcik tu nak doakan dia.
Dipuji netizen
Johnny Yang memuat naik perkara tersebut di laman sosial Facebook dan mendapat banyak pujian dari netizen. Syabas, bro! Kita perlukan sikap dan semangat begini lebih banyak lagi dalam masyarakat kita. Betul tak, geng?
Sumber: Nina Natalie
Sumber: Oh Bulan