Masih Ingat Dengan Si Vivian Lee Nih...!!! Pasangan Yang Selalu Menghina Islam ? Korang Nak Tahu Nasibnya Sekarang?

KUALA LUMPUR — Vivian Lee May Ling, bekas kekasih Alvin Tan Jye Yee, dihukum penjara enam bulan atas kesalahan menghasut selepas mengucap selamat berbuka puasa dengan hidangan sup babi “bak kut teh”.

Pasangan itu menaikkan foto mereka dengan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh…fragrant, delicious and appetising)” dan logo halal di Facebook pada 11 Julai 2013 ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan.

Tan bagaimanapun melarikan diri ke Amerika Syarikat.

Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud berkata perbuatannya melibatkan sensitiviti masyarakat Islam dan hukuman penjara ini dikenakan untuk mengelak orang lain mengulanginya.

“Anda tahu daging babi itu haram kepada orang Islam. Seperti kata pendakwa, nasi sudah menjadi bubur, walaupun anda memohon maaf, tetapi tindakan anda mengguris perasaan rakyat Malaysia,” katanya ketika menjatuhkan hukuman. – MalayMail

Post a Comment

Previous Post Next Post