Motor C70 Merah kakak ni hilang dicuri, biker sanggup datang kuantan belikan motor baru

Hari ini, laman Facebook Siakap Keli Press berkongsi satu kes kehilangan motor C70 milik seorang makcik yang berlaku di Kuantan. Posting tersebut menjadi viral dengan lebih 5,000 perkongsian dan seterusnya mencetus rasa hiba netizen terhadap apa yang menimpa makcik tersebut.

Bagaimanapun, kesedihan makcik tersebut bakal terpadam dan diganti dengan kegembiraan apabila seorang biker tampil ingin memberi bantuan kepada makcik tersebut.

Biker tersebut, yang dikenali sebagai Rafi, berkata beliau akan membantu makcik tersebut mendapatkan motosikal terpakai yang baru menerusi keratan perbualan mesej yang dikongsi olehnya di laman Facebook Rafi Superbike.

Beserta posting tersebut, Rafi berkongsi keratan mesej sayu antara beliau dan makcik berkenaan. Menurut keratan mesej terbabit, difahamkan pada awalnya Rafi ingin memberikan sebuah motor C70 miliknya yang sudah tidak digunakan lagi secara percuma.

Namun disebabkan kesukaran untuk menghantar dan masalah masa, Rafi yang tinggal di Melaka berkata beliau akan ke Kuantan untuk membelikan makcik itu sebuah motosikal terpakai supaya boleh digunakan oleh makcik itu secepat mungkin.

 

Pihak Siakapkeli telah menghubungi makcik terbabit dan dia mengesahkan keratan perbualan mesej tersebut.

Apa yang lebih mengharukan, ada dalam kalangan-kalangan geng bikers di page itu turut terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam proses menjayakan usaha oleh Rafi itu.

Zul Cebi menulis : “Terbaik bro…bg no akaun bro,aku bg duit minyak sikit….#TumpangPahala”.

Diharap agar segalanya berjalan lancar dan dimudahkan buat Rafi.

Sumber: Siakapkeli.my

Post a Comment

Previous Post Next Post