Pemandu Uber dikepung, pemandu teksi hamun dengan kata-kata kesat

Polis menerima satu laporan dari pemandu teksi berhubung kejadian pertengkaran membabitkan pemandu teksi dan uber malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, sehingga semalam polis belum terima laporan  dari pemandu Uber.

Pemandu Uber dikepung

Pemandu Uber dikepung

“Kita sudah mengambil keterangan dari enam pemandu Uber selepas kejadian itu bagi membantu siasatan kes pertengkaran itu. Namun mereka dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita akan memanggil beberapa orang lagi termasuk pemandu teksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, sekurang-kurangnya 30 pemandu teksi mengepung pemandu Uber di Jalan Lebuh Pantai kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Uber berkenaan.

Difahamkan, pemandu Uber cuba mengambil penumpang di kawasan Pelabuhan Pulau Pinang sehingga menjejaskan pendapatan pemandu teksi di situ.

Pertengkaran mulut itu menjadi tegang selepas pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu Uber yang dikepung.

Namun keadaan dapat dikawal tanpa berlaku pergaduhan selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Nak tahu bagaimana buat RM60,000 dengan UBER? Klik banner di bawah:

Post a Comment

Previous Post Next Post