Penantian Peminat Berakhir, Yusri KRU Kongsi Wajah Anak!


Aduh, comelnya anak kepada Yusri dan juga Lisa Surihani. Akhirnya kedua pasangan selebriti itu dengan berbesar hatinya berkongsi wajah anak mereka, Yahaira Leanne melalui akaun Instagram.

Ia merupakan bersempena hari lahir Yusri yang ke-43 dan menerusi kapsyen di laman sosial itu, dia meluahkan rasa gembiranya dengan hari jadi kali ini. 

"Ia bukan hari jadi yang biasa. Tapi kali ini ia jatuh tepat pada tarikh bayi kami berusia 9 bulan!"

Yusri juga mengekspresikan rasa syukur dan juga penghargaan buat isterinya Lisa Surihani. 

Moga Yusri dan keluarga sentiasa bahagia hendaknya. Pastinya penantian para peminat untuk menatap wajah anak selebriti kesayangan ini begitu berbaloi.


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post