Pengorbanan seorang Ibu terpaksa curi ayam dan buku untuk hadiahkan pada anak, polis dan netizen lancar kutipan derma

Selepas kisah seorang ibu yang terpaksa mencuri ayam dan beberapa buah buku untuk dihadiahkan kepada anaknya telah menarik simpati netizen malah sebuah laman diwujudkan bagi meraih derma bagi membantu mereka.

Ibu terpaksa mencuri demi derita anak

Ibu terpaksa mencuri demi derita anak

Liu Jinxia mempunyai anak kembar yang menderita penyakit buah pinggang.

Dia baru-baru ini membawa salah seorang kembarnya berusia 7 tahun dari Nanjing ke Shadong untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.

Bagaimanapun dia tidak mampu membiayai rawatan yang terlalu mahal dan hanya memilik 3,00 yuan (RM188) untuk keseluruhan perbelanjaan.

Di Shandong, Lui yang bercerai dengan suaminya sejak beberapa tahun lalu kerana masalah kewangan yang teruk sejak melahirkan bayi kembar bekerja sebagai pemugut sampah dan memperoleh hanya 50 yuan (RM31) sehari.

Semasa berada di Nanjing, ibu itu perlu berjimat dan terpasa tinggal di dalam sebuah bilik kecil yang berkeluasan dua meter persegi.

Menurut Liu, dia terpaksa mencuri peha ayam dan beberapa buah buku sekolah daripada sebuah pasaraya untuk menghadiahkan kepada anaknya kerana kanak-kanak itu pernah meminta daripadanya.

Namun, nasib tidak menyebelahinya dan dia ditahan sebaik cuba keluar dari pasar raya berkenaan.

Pengorbanan ibu itu mendapati simpati polis yang mengendalikan kesnya yang kemudiannya memuatnaik di laman sosial WeChat untuk memohon bantuan rakan-rakanya untuk meringankan beban wanita itu.

Hasil sumbangan, Liu berjaya memperoleh 10,000 yuan (RM6,289) namun selepas cerita itu kemudian menjadi viral dan dikongsi ramai netizen di China dana  bernilai 300,000 yuan (RM188,689) berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada netizen.

Dana itu berjaya menampung rawatan perubatan keluarga malang itu.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post