Perhatian pengguna MySpace! Nama dan kata laluan anda telah digodam

MySpace merupakan salah satu platform sosial yang popular beberapa tahun yang lepas. Ramai pengguna yang berdaftar dengan platform berkenaan – membuatkan pelbagai data pengguna internet tersimpan padanya.

Ratusan Juta Nama Pengguna Dan Kata Laluan Akaun MySpace Tertiris

Ratusan Juta Nama Pengguna Dan Kata Laluan Akaun MySpace Tertiris – Sumber gambar dari slashgear.com

Terkini, pihak MySpace mengesahkan platform mereka telah digodam sebelum ini, membuatkan data pengguna yang berdaftar dengan platform lama MySpace – sebelum tarikh 11 Jun 2013 yang lepas telah pun terdedah dan didapatkan oleh pengodam. Antara data yang didapatkan oleh pengodam berkenaan dalah termasuk nama pengguna MySpace, kata laluan dan juga alamat emel.

Pihak MySpace mengatakan mereka telah mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengatasi perkara berkenaan. Walaubagaimanapun, bagi para pengguna, sekiranya anda menggunakan nama pengguna, emel dan kata laluan sama seperti pada MySpace pada perkhidmatan lain, anda dinasihatkan untuk mengubahnya serta-merta.

 

Sumber: Amanz

Post a Comment

Previous Post Next Post