Perut Terburai Ditetak Sekumpulan Lelaki


PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan segera ditemui maut ditetak menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Taman Rekreasi SS3/28, awal pagi tadi, lapor Kosmo!

Mayat mangsa yang berusia 33 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang awam pada jam 7 pagi.

Siasatan awal pihak polis mendapati, terdapat lima kesan tetakan di bahagian kepala, perut, siku dan belakang badan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azni Che Din berkata, mangsa mungkin telah diserang dengan parang.

"Semasa kejadian, mangsa dipercayai bersama seorang rakannya sebelum diserang oleh beberapa orang lelaki, sekitar jam 3 hingga 4 pagi tadi." katanya.

Polis kini sedang mengesan rakan mangsa dan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu. Kes juga akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post