Rakyat Malaysia ditahan di Singapura atas kesalahan curi rupanya ada jenayah rogol murid 12 tahun pada 14 tahun yang lalu

Seorang rakyat Malaysia yang ditahan untuk siasatan kes curi pada 2014 didapati mempunyai kesalahan jenayah lain, iaitu merogol murid perempuan 12 tahun pada 2002 kerana profil DNA dia sepadan dengan DNA perogol.

Dipenjara rogol murid selepas 12 tahun

Dipenjara rogol murid selepas 12 tahun

Dipenjara rogol murid selepas 12 tahun

Menurut laporan akhbar The Straits Times hari ini, lelaki itu mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol Rabu lalu, dan dihukum penjara 16 tahun setengah serta 18 sebatan.

Mahkamah Tinggi diberitahu tukang kayu rakyat Malaysia, Lee Ah Choy, sekarang berusia 37 tahun, mempunyai isteri dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun yang tinggal di Johor Baru. Mereka tidak tahu mengenai kesalahan yang dilakukan Lee ketika dia berusia 23 tahun.

Selain rogol, Lee turut mengaku bersalah terhadap kesalahan mencabul kehormatan dan melakukan ugutan jenayah.

Laporan itu berkata, pertuduhan keempat iaitu menculik diberi pertimbangan ketika menjatuhi hukuman.

Hukuman penjara Lee bermula dari 23 Januari tahun lalu, apabila dia ditahan reman.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post