Tak puas hati rawatan diberikan, lelaki tikam anak doktor lebih 12 kali dalam bas

Seorang remaja ditikam lebih 12 kali di dalam bas oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan rawatan bapanya, kelmarin.

Tikam anak doktor 12 kali kerana dendam

Tikam anak doktor 12 kali kerana dendam

Laporan Sixth Tone mengatakan remaja tersebut merupakan anak seorang doktor yang dikenali hanya sebagai Kong yang bertugas di hospital di Yuejiaqiao.

Suspek yang berusia 54 tahun sebelum itu mendapatkan rawatan doktor berkenaan.

Sedutan video CCTV bas menunjukkan suspek membayar tiket dengan tenang sebelum menyerbu mangsa dan memulakan serangan.

Serangan terhenti apabila pemandu bas dan seorang penumpang lain menahan suspek.

“Mangsa mengalami luka tikaman dan cedera di bahagian muka,” kata seorang paramedik.

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post