Taska kes tampar dan ikat mulut bayi rupanya tidak berdaftar

Siasatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap taska di Presint 15 yang didakwa terbabit dalam kes dera dua bayi hingga ‘viral’ di laman sosial mendapati, ia tidak pernah berdaftar untuk menjalankan perkhidmatan.

GAMBAR bayi didakwa didera di taska di Presint 15, Putrajaya yang ‘viral’ sebelum ini. FOTO ihsan pembaca

GAMBAR bayi didakwa didera di taska di Presint 15, Putrajaya yang ‘viral’ sebelum ini. FOTO ihsan pembaca

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, jabatan berkenaan sudah mengeluarkan surat peringatan kepada pengusaha supaya mendaftarkan taskanya dalam tempoh tujuh hari selepas siasatan dilakukan pada Rabu lalu.

Baca artikel sebelum: 2 Pekerja perempuan taska di Putrajaya tampar dan ikat mulut bayi!

“Sekiranya pengusaha gagal berbuat demikan dalam tempoh diberikan, taska berkenaan tidak dibenarkan beroperasi.

“Bermula 6 Jun ini, taska berkenaan diarahkan ditutup sementara sehingga pengusaha pusat asuhan berkenaan melakukan pendaftaran kepada JKM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, gambar dua bayi menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook dengan seorang daripadanya diikat mulut menggunakan kain lampin, manakala seorang lagi mempunyai kesan seperti lebam di muka dan bahagian belakang badan.

Kedua-dua bayi terbabit didakwa didera ketika berada di pusat asuhan berkenaan.

Susulan itu, pemilik taska berusia 27 tahun dan dua bekas pekerjanya masing-masing berusia 21 dan 19 tahun ditahan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post