Video geng motor ambil tindakan sendiri sepak side mirror kereta guna laluan kecemasan

AKSI sekumpulan penungang motosikal mengambil tindakan sendiri dengan menendang cermin sisi kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan, mengundang pelbagai respon di media sosial.

Video: Geng Motor Sepak Side Mirror Di Lane Kecemasan

Video: Geng Motor Sepak Side Mirror Di Lane Kecemasan

Menerusi perkongsian video daripada pengguna Facebook Iela Fadila, beberapa penunggang motosikal termasuk perakam video dilihat terbabit menendang beberapa cemin sisi kenderaan yang berada di laluan kecemasan.

Geng motor terajang side mirror kereta yang guna lorong kecemasan.

“Sokong 200% kalau ada yang nak lakukan kempen ‘terajang side mirror‘ kalau guna lorong kecemasan.. padan muka kau,” tulis Iela di kapsyen videonya.

Bagaimana pun, rata-rata komen didapati menyelar perbuatan tersebut kerana walaupun niatnya mengusir pemandu kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan, ia tetap dikira salah ekoran melakukan kerosakan dengan sengaja terhadap kenderaan pengguna jalan raya yang lain.

Pada masa sama kedua-dua pihak dipersalahkan, di mana penunggang motosikal boleh dikatakan ‘tidak bertamadun’ begitu juga pemandu kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan kerana pentingkan diri.

“Berlagak nak tunjuk pandai tetapi sebenarnya bodoh. Nampak sangat masa belajar memandu tak dengar apa yang guru ajar di depan bahawa semua kenderaan persendirian tidak boleh menggunakan lorong kecemasan,” kata seorang pengguna Facebook.

Video yang dimuat naik pada Ahad lalu itu, sehingga kini mendapat lebih daripada 14,000 perkongsian dan lebih 1,000 komen.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post