Kerana tak mampu, awek sanggup curang dengan kawan sendiri yang ada motor 125ZR

Screen Shot 2016-06-07 at 12.34.11 AM

Kata orang bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tapi cara lelaki ini ditinggalkan buat kami tumpang simpati.

Bukan semua wanita begini namun memang wujud segelintir cuma biasa lah perangai lelaki, jarang sangat nak ‘kecoh-kecoh’ bila ditinggalkan dek kerana harta. Bertabahlah dan move on!

Habis semua kawan dia chat

Okey harini aku nak story kisah ex aku, dulu aku ade kenal awek ni dalam wechat. Chat punya chat lepastu ajak jumpa, masa tu aku takde motor, dia ada motor icon. Helmet pun aku pinjam yang sepupu aku punya, keluar pun kadang dia belanja, aku jarang .

Bila makin lama kenal makin sayang, aku pun kenal kan dengan semua kawan aku. Kawan aku semua ade 125ZR, aku kenalkan dengan diaorang sebab aku nak uji awek aku. Makin kelamaan tu aku jarang chat dengan awek aku ni, aku check phone dia, habis semua kawan aku dia chat. Aku tanye kenapa? Dia cakap semua kawan aku je faham dia, aku pun em la.

Nak harta je

Lepas tu befday dia aku datang dengan kawan aku. Habis befday dia aku round bandar terengganu, lepastu aku berhenti kejap dekat tepi jalan cakap dekat kawan aku suh pergi dlu. Awek aku pun follow diaorg, last sekali aku jumpa kawan aku, awek aku takde dgn diorang. Diorang dah berpakat nak tinggalkan awek aku sbb semak, aku tanye asal ?

Diorang senyap, kawan aku sorang lagi cakap “tinggalkan je lah dia ril, awek macam tu nak harta je”. Aku pun buat bodoh, pi cari awek aku, tak jumpa sbb dia dah balik.

Terbukti, suruh beli 125ZR pula

Malam esoknya dia text aku, dia tanya “bila biy nak beli motor ? beli 125ZR tau biy”. Aku cakap nanti aku beli sebab aku nak keje dlu. Malam masa aku keje kedai makan, tengah lap meja ni lepastu bunyi krtinggg ting ting 125ZR lalu. Kawan aku yang bawak belakang tu awek aku, fuh darah aku berhenti kejap rasa macam tak bermaya gila.

Aku balik umah terus malam tu. Betul cakap kawan aku, awek sekarang banyak yang gila harta. Payah nak cari yang sanggup susah senang bersama. Kalau kau dapat perempuan yang sanggup susah senang dengan kau, jaga leklok bro. Btw aku doakan ex aku bahagia dengan kawan aku selamanya .

Sumber: Aerilfakhry

 

Sumber: Oh Bulan

Post a Comment

Previous Post Next Post