Wanita maut akibat belon udara honda meletup sejurus terlanggar kereta Mercedes-Benz

SATU lagi insiden maut akibat beg udara berlaku hari ini membabitkan sebuah kereta Honda City dan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Menurut berita disiarkan portal online, The Star Online (baca SINI), pemandu wanita berusia 44 tahun itu, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari tadi.

Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz. Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.

Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.

KREDIT FOTO. The Star Online


KREDIT FOTO. The Star Online

“Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera,” katanya.

Rosdi berkata lagi, pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh diketua Rosda tiba di tempat kejadian pada jam lebih kurang 12.10pm selepas menerima panggilan kecemasan.

Sementara itu, ACP Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat. Bagaimanapun, Honda City dipandu mangsa cuma mengalami kerosakan kecil.

BACA>>> Honda Malaysia Memanggil Semula 147,894 Unit Pelbagai Model

KRONOLOGI

  • Kes-1 berlaku di Sibu (Julai 2004), pemandu Honda City yang juga ibu mengandung meninggal dunia selepas berlanggar dengan kenderaan lain (tidak dimaklumkan jenis).
  • Kes-2 berlaku di Sungai Petani (Oktober 2015),  budak perempuan 8 tahun maut apabila abangnya yang memandu membrek kecemasan selepas terlanggar bonggol. Tidak dimaklumkan jenis kereta pemandu.
  • Kes-3 berlaku Jun 2016 (artikel ini). Pemandu Honda City berlanggar dengan Mercedes.
* Semua kes di atas berlaku di Malaysia, tidak termasuk kes luar negara.
* Kalau ada kes tertinggal boleh maklumkan di ruang komen sini. Kes-2 juga boleh diabaikan berpunca kereta Honda kerana tiada butiran lengkap. Tapi masih lagi berpunca beg udara gagal berfungsi baik (menurut laporan).
* Dua kes maut lain disahkan melibatkan pemandu Honda.‎

Ini ialah kes pertama insiden maut tahun ini akibat beg udara Honda di Malaysia. Sebelum itu, pada 2014 dan 2015 juga mencatatkan satu kes setiap tahun yang juga melibatkan kematian disebabkan beg udara meletup.

Kami di PanduLaju meminta pemilik Honda negara ini supaya segera hadir ke pusat servis berdekatan untuk diperiksa. Jika anda ada ahli keluarga, saudara atau rakan yang memiliki kereta Honda, sila sampaikan notis panggil balik yang dikeluarkan Honda. Sila jangan ambil mudah peringatan ini!

Kepada keluarga mangsa, salam takziah daripada kami. 😥

 

Sumber: pandulaju.com.my



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post