
Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)
Salam 1 Pesara,
Dengan hormatnya sekali lagi kami ingin mengesahkan bahawa TIDAK PERNAH terjadi bayaran GANJARAN (GRATUITI) mana-mana pesara dipotong semasa pesara bersara bagi menyelesaikan bayaran bil hospital yang dibuat semasa pegawai sedang berkhidmat.
Untuk makluman, rawatan dan kemudahan alatan perubatan diberikan secara percuma kepada pesara dan tanggungan yang layak selaras dengan ketetapan Perintah Am Bab F dan Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.
Kenyataan yang dibuat agen insurans ini adalah sama sekali bercanggah dengan prinsip kemudahan rawatan yang ditawarkan kerajaan iaitu kemudahan rawatan perubatan diberikan secara percuma kepada pengkhidmat awam mahupun pesara di hospital/klinik kerajaan.
Agen insurans ini hanya mementingkan diri dengan menyebarkan kenyataan yang salah dalam usaha mempromosikan produk mereka. Kenyataan ini adalah fitnah dan dusta semata-mata.
Harap dapat dikongsikan kepada sahabat/rakan/kaum keluarga pesara.
Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, mohon anda hubungi kami melalui email mypesara@kwap.gov.my atau hubungi terus melalui talian hotline 03-8887 8777 atau inbox kami di FB Pasca Perkhidmatan ini.
Sekian, terima kasih.
KAMI PRIHATIN