Agensi ‘anak ikan’ belai ‘mummy’ guna nama KPN

Jual nama Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Singapura untuk memperdaya orang ramai. Itu taktik satu sindiket agensi mencari jodoh yang menawarkan pekerjaan sebagai ‘teman sosial bertauliah’ bergaji lumayan kepada golongan belia.

Agensi 'anak ikan' belai 'mummy'

Agensi ‘anak ikan’ belai ‘mummy’

Agensi yang mendakwa beroperasi di Johor Bahru itu dikesan menyasarkan golongan penuntut kolej dan belia lelaki berminat untuk menjadi ‘anak ikan’ atau peneman kepada golongan wanita yang kaya tetapi kesunyian. Gaji yang ditawarkan pula cukup lumayan iaitu RM3,500 hingga RM4,000 untuk sekali perkhidmatan selama beberapa jam.

Bagaimanapun, individu berminat diminta mendaftar sama ada melalui aplikasi WhatsApp atau dalam talian terlebih dahulu dengan agensi terbabit yang mendakwa memiliki senarai nama pelanggan wanita kaya yang memerlukan khidmat lelaki muda.

Malah untuk meyakinkan mangsa, agensi itu mendakwa menjalankan operasi itu secara sah dan mendapat kebenaran polis Malaysia dan Singapura.

Lebih mengejutkan, nama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Singapura Hoong Wee Teck, turut tertera dalam borang permohonan pendaftaran sindiket terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post