Along Raja Lawak saman nusyuz terhadap isteri walhal sudah 4 bulan Zila AF dihalau Along sendiri

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat, Zila Seeron, 28, mengesahkan beliau tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Along Raja Lawak.

Zila berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini beliau berdepan dengan proses mahkamah yang difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

Zila, Along sudah 4 bulan tak tinggal sebumbung

Zila, Along sudah 4 bulan tak tinggal sebumbung

“Benar, kami sudah tidak sebumbung. Pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.

Baca artikel sebelum: “Saya terlalu rindukan anak”: Zila AF dedah dihalau Along Cham dari rumah, sudah 4 bulan tak tinggal sebumbung

“Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial, 5 tahun). Namun, seminggu selepas itu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan kemudian langsung tidak benarkan saya berjumpa anak,” kata penyanyi itu ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Mawi, di sini, malam ini.

Zila berkata demikian ketika mengulas status perkahwinannya dengan Along yang dikatakan sedang berantakan.

Wanita itu turut berkata, masalah mula timbul daripada sikap Along atau nama penuhnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.

Selain itu, kata Zila, walaupun hak penjagaan anak berpihak kepada Along, beliau tetap akan mendapatkan haknya sebagai ibu apabila kehidupannya lebih stabil.

“Memang atas persetujuan bersama anak dijaga oleh suami. Saya hanya dapat berjumpa dengan Danial sebulan dua kali.

“Sekarang ini saya tiada apa-apa jika mahu mendapatkan hak saya. Tetapi, saya akan tuntut anak saya apabila saya stabil nanti,” tegasnya.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada Januari 2010.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post