Amaran! Mata boleh buta jika kerap tengok HP dalam gelap

Amaran bagi anda yang sering menggunakan telefon bimbit ketika berbaring di dalam gelap kerana perbuatan itu mungkin menjejas penglihatan anda.

Dua wanita disahkan buta sementara kerana kerap menggunakan telefon bimbit mereka di dalam gelap dan para doktor kini memberi amaran kepada pengguna telefon bimbit yang lain.

Huraiannya: Pastikan anda menggunakan mata anda apabila melihat skrin telefon pintar.

Amaran! Mata boleh buta jika kerap tengok HP dalam gelap

Amaran! Mata boleh buta jika kerap tengok HP dalam gelap

Pada 23 Jun lalu, menerusi jurnal perubatan New England, para doktor menjelaskan secara terperinci kes dua wanita tersebut, berusia 22 tahun dan 40 tahun, yang menjadi “buta sementara akibat penggunaan telefon” selama berbulan-bulan.

Kedua-dua wanita berkenaan mengadu hilang daya penglihatan sehingga 15 minit lamanya dan keadaan itu berlaku berulang kali.

Mereka kemudian menjalani beberapa pemeriksaan perubatan, imbasan MRI dan ujian jantung. Namun para doktor masih tidak dapat mengenal pasti punca masalah yang dialami wanita-wanita tersebut.

Misteri tersebut bagaimanapun berjaya dihuraikan beberapa minit setelah mereka berjumpa dengan pakar mata.

“Saya hanya bertanya kepada mereka, ‘Apa sebenarnya yang anda lakukan sebelum tiba-tiba hilang daya penglihatan?’” menurut Dr. Gordon Plant dari Hospital Mata Moorfield, London.

Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua wanita seringkali melihat telefon pintar mereka hanya dengan menggunakan sebelah mata semasa berbaring mengiring – sebelah lagi mata mereka terhadang oleh bantal.

“Maka sebelah mata anda melihat cahaya semasa memandang telefon manakala sebelah lagi mata melihat keadaan gelap,” kata beliau.

Apabila mereka meletakkan telefon, mereka tidak dapat melihat dengan mata yang sebelum itu digunakan untuk memandang telefon. Ini kerana “mata mengambil masa beberapa minit untuk kembali melihat di dalam gelap,” Dr Plant memberitahu agensi berita AP.

Beliau menambah, keadaan buta sementara itu tidaklah terlalu berbahaya dan boleh dielakkan, jika mereka melihat skrin telefon bimbit dengan kedua-dua mata.

Seorang jurucakap Akademi Oftamologi Amerika Syarikat, Dr. Rahul Khurana menyifatkan dapatan Dr Plant sebagai hipotesis yang menarik namun kedua-dua kes tersebut belum cukup untuk membuktikan bahawa menggunakan telefon bimbit dengan sebelah mata di dalam keadaan gelap adalah punca masalah ‘buta sementara’.

Beliau juga sangsi ramai pengguna telefon pintar akan mengalami fenomena sedemikian.

Menurut Dr. Khurana, yang juga seorang yang sering menggunakan telefon bimbit, beliau dan isterinya cuba melakukan perbuatan yang sama seperti kedua-dua wanita tersebut namun mendapati sukar untuk menggunakan telefon bimbit mereka hanya dengan sebelah mata.

“Ia agak pelik,” Dr. Khurana memberitahu AP.

Sumber : Mynewshub



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post