Amboi… 50 ekor si comel pun ‘tak sabar’ ikut tuan balik kampung

ALAHAI comelnya! Dalam kesibukan orang ramai berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menyambut hari raya puasa, kucing juga nampaknya tidak ketinggalan untuk turut serta!

Itulah yang berlaku kepada 50 ekor kucing yang dapat pulang beraya bersama tuan mereka, Rosnani Sulaiman dari Semenyih, Selangor ke Machang, Kelantan.

Sebagai pencinta kucing yang tegar, Rosnani pastinya tidak mahu meninggalkan haiwan peliharaan kesayangannya dan memilih untuk membawa semua kucingnya itu pulang bersama.

Gambar Rosnani dan kucing-kucing yang dalam perjalanan pulang turut menarik perhatian ramai hingga menjadi viral sebaik sahaja dimuat naiknya oleh wanita itu.

Mana tidaknya, penuh satu kereta Rosnani dengan kucing-kucingnya itu. Ada yang bebas, ada juga yang dikurung dalam sangkar.

13494897_1617776545202642_3214485384580680633_n13592444_1617776458535984_2691789787368965548_n13600210_1617776625202634_9185399823670080329_n

Rata-rata memuji usaha Rosnani dan berharap dia bersama kesemua kucingnya selamat tiba di destinasi.

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana wanita ini mampu menguruskan kesemua kucingnya di dalam kereta untuk tempoh yang lama.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post