Ann Khan Exclusive batal tajaan Raja Ilya setelah dimalukan

Gara-gara rasa dimalukan di media sosial, pemilik butik Ann Khan Exclusive menarik balik tajaan pakaian raya kepada Raja Ilya seperti yang dijanjikan.

Noorain Khan berkata kenyataan pelakon itu di Instagram, yang mendakwanya gagal menyiapkan pakaian raya, menjatuhkan nama baik syarikatnya.

Serik dimalukan di Instagram, butik batal tajaan baju raya Raja Ilya

Serik dimalukan di Instagram, butik batal tajaan baju raya Raja Ilya

“Selepas apa yang berlaku dengan situasi ini, kami dukacita memaklumkan enggan menaja pakaian anda (Raja Ilya).

Baca artikel sebelum: Pereka tuntut upah jahit baju raya dan ambil gambar ibu di pagi Syawal, Raja Ilya buat laporan polis

“Insiden yang berlaku menunjukkan anda bukanlah orang yang sesuai untuk dipadankan dengan jenama ini,” katanya seperti disiarkan di laman Facebook butik berkenaan minggu lalu.

Penjelasan satu muka surat itu juga didakwa dihantar ke saluran komunikasi WhatsApp dan mesej peribadi Instagram Raja Ilya.

Selain penjelasan tersebut, Ann Khan Exclusive juga memuatkan foto ibu Raja Ilya yang bertudung biru sedang memegang baju yang ditempah tetapi tidak diserahkan kira-kira 6 pagi 1 Syawal kerana isu bayaran tersebut.

Noorain mengulas coretan Raja Ilya melalui media sosial pada pagi raya, Rabu lalu, mendakwa menjadi mangsa butik Ann Khan Exclusive.

“Biar semua tahu bila ada manusia tak ada perikemanusiaan macam si #annkhanexclusive ini.

“Hari Raya orang nak beraya, dia tak amanah dan sanggup tunjuk taring walaupun Ilya sanggup terima baju raya satu keluarga tak siap sampai pagi raya,” coret Raja Ilya di Instagram.

Pelakon drama “Gerak Khas” semalam dilaporkan bersedia mengupah butik berkenaan menyediakan pakaian untuk ibu, kakak dan anak saudaranya untuk Aidilfitri kali ini.

Bagaimanapun, kata Raja Ilya lagi, pereka berkenaan tidak dapat bertolak ansur dengan terus menuntut bayaran daripada ibunya di pagi Syawal.

Katanya, insiden itu tidak wajar berlaku kerana dirinya masih berada di India dan tiba di tanah air tiga hari yang lepas.

“Bayangkan sikap mereka sampai begitu sekali. Siapa mereka hingga sanggup merakamkan gambar ibu memegang baju yang kononnya sudah siap tapi enggan diserahkan.

 

 

“Saya tidak akan lari. Saya bukan tidak mahu membayar, cuma ketika itu saya tidak ada di Malaysia,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dalam kenyataan di media sosial, Noorain berkata pakaian keluarga Raja Ilya tidak dapat diserahkan kerana tiada bukti pembayaran dibuat kepada butik berkenaan.

Katanya, usaha pihaknya menghubungi Raja Ilya pada pagi raya bertanyakan tentang pembayaran juga menemui kegagalan.

“Anda (Raja Ilya) tidak cuba menjelaskan status bayaran berkenaan atau cuba berunding bentuk pembayaran lain.

“Sebaliknya anda memburuk-burukkan kami di Instagram,” kata Noorain dalam kenyataan itu.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post