Pereka tuntut upah jahit baju raya dan ambil gambar ibu di pagi Syawal, Raja Ilya buat laporan polis

Seminggu berada di India untuk rakaman alih suara filem Kabali, pelakon Raja Ilya tidak menyangka perkara buruk menimpa ibunya di pagi Syawal.

Raja Ilya, nama glamor Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, berkata semuanya bermula apabila dia bersetuju menerima tajaan pakaian raya pereka fesyen baharu.

Pereka ambil foto ibu Raja Ilya, isu tuntut upah baju di pagi raya dibawa ke balai

Pereka ambil foto ibu Raja Ilya, isu tuntut upah baju di pagi raya dibawa ke balai

“Dengan niat mahu membantu pereka fesyen yang masih baharu, saya terima tawaran itu.

“Malah, saya menempah pakaian untuk ibu, kakak dan anak buah saya. Saya tidak minta percuma untuk keluarga sebaliknya mahu bayar,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Bagaimanapun, kata Raja Ilya lagi, pereka berkenaan tidak dapat bertolak ansur, malah menuntut bayaran daripada ibunya di pagi Syawal.

Katanya, insiden itu tidak wajar berlaku kerana dirinya masih berada di India dan tiba di tanah air dua hari yang lepas.

“Bayangkan sikap mereka sampai begitu sekali. Siapa mereka hingga sanggup merakamkan gambar ibu memegang baju yang kononnya sudah siap tapi enggan diserahkan.

“Saya hairan, mereka seolah-olah tidak ada perasaan atau bertolak ansur. Saya tidak akan lari. Saya bukan tidak mahu membayar, cuma ketika itu saya tidak ada di Malaysia.

“Saya menyesal percaya kata-kata mereka. Niat mahu membantu, ini pula yang saya terima,” pelakon drama Gerak Khas dilaporkan berkata.

Bengang dengan kejadian itu, Raja Ilya membuat laporan polis sebaik tiba di tanah air.

Tindakan pereka berkenaan mengheret ibunya dalam isu ini sesuatu yang tidak dapat diterima, katanya.

“Saya mendapat tahu pereka fesyen terbabit menghebahkan kononnya saya tidak mahu bayar. Ini bukan soal bayaran tetapi sikap tolak ansur dan percaya.

“Ibu saya tidak tahu apa-apa dan kenapa perlu lakukan perkara begitu, pergi ke rumah dan rakam gambar ibu,” kata pelakon drama Cinta Ibadah.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post