Annuar Musa sanggup berhutang demi langsaikan tunggakan gaji dan fi pemain import The Red Warriors

Kira-kira 10 hari menjelang tarikh akhir diberi FAM, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dilihat berjaya mengelak daripada dihukum.

Berdepan ancaman denda dan mungkin penyingkiran daripada Liga Super, malam tadi Presiden Kafa Tan Sri Annuar Musa mengumumkan tunggakan gaji dan fi semua pemain import serta jurulatih skuad itu sudah dilunaskan.

Annuar Musa sanggup berhutang demi langsaikan tunggakan gaji dan fi pemain import The Red Warriors

Annuar Musa sanggup berhutang demi langsaikan tunggakan gaji dan fi pemain import The Red Warriors

Hari ini pula kata Annuar isu tunggakan gaji lima bekas pemain skuad The Red Warriors itu akan diselesaikan.

Menurut Annuar pembayaran itu akan dilakukan pada satu majlis ringkas di Kota Bharu kira-kira jam 6 petang.

Bagaimanapun itu bukanlah satu-satunya khabar gembira untuk penyokong skuad berkenaan.

Annuar yang juga ketua penerangan Umno berkata Kafa turut memberikan bonus khas kepada skuad berkenaan selepas mereka mengalahkan Pahang dan Terengganu dalam perlawanan sebelum ini.

Kelantan membelasah Terengganu 6-1 dala perlawanan Liga Super pada 15 Julai lalu.

Sebelumnya TRW menundukkan Pahang 1-0 juga dalam saingan Liga Super pada 12 Julai.

Rasa syukur, gembira

Turut mendapat penghargaan, kejayaan Kelantan mengikat Selangor 3-3 malam kelmarin.

“Dengan Selangor walaupun hanya seri 3-3, saya beri bonus seperti kita menang,” katanya melalui Facebook awal pagi ini.


 

Kelantan diberi amaran oleh FAM dan agensi pengendali liga Malaysia, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), selepas gagal melunaskan sejumlah tunggakan gaji dan bayaran lain kepada pemain serta jurulatih mereka.

Antara hukuman yang boleh dikenakan ke atas Kafa ialah menyingkirkan mereka daripada liga Malaysia.

Bagaimanapun ia adalah langkah terakhir daripada beberapa tindakan lain yang boleh diambil seperti pemotongan mata perlawanan.

Annuar juga membayangkan pemberian bonus dan bayaran tunggakan itu dilakukan selepas beliau “berhutang” untuk sementara.

“Walaupun saya terpaksa berhutang sementara, saya syukur dan gembira dengan prestasi dan sikap pasukan.

“Kekalkanlah semangat seperti ini,” katanya.

Selepas semua beban itu diatasi, tiba giliran untuk Annuar pula menikmati detik keriangan peribadinya.

Kata Annuar beliau akan meluangkan masa “bercuti dengan anak cucu” selepas empat tahun tidak melakukannya.

Sumber : Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post