China – Seorang bapa yang gemarkan aktiviti luar mengambil keputusan untuk membawa anaknya mengembara sejauh 700 KM dengan hanya berbekalkan 100 RMB (RM60).
Bapa yang dikenali sebagai Pu Wei itu membawa anaknya mengembara dari Xi’an ke Lanzhou supaya anaknya itu belajar tentang kehidupan.
Lebih menarik, bapa dan anaknya itu berjaya menghabiskan tiga hari pengembaraan mereka tanpa mengeluarkan sesen pun. Apa yang mereka lakukan adalah dengan menumpang dan bekerja sebagai tukaran untuk makanan dan tempat tinggal.
Seorang pemandu trak yang dikenali sebagai Song bersetuju untuk membenarkan pasangan duo itu tinggal di rumahnya jika mereka membantu mengangkat barang.
Sepanjang perjalan mereka, Pu dengan bangga berkata mereka masih belum membelanjakan sebarang duit. Untuk makanan pula, duo itu berjaya menemui orang-orang yang baik hati memberikan makanan.
Pu berkata, tujuan pengembaraan itu adalah bagi memberi pengalaman kepada anaknya untuk merasa pahit manis kehidupan ketika dia masih muda. Secara keseluruhan, mereka berjaya menumpang kenderaan sebanyak 12 kali untuk bergerak biarpun banyak kali ditolak dengan pelbagai alasan termasuklah rasa syak wasangka terhadap mereka.
“Seseorang itu boleh terasa hati dengan sikap tidak perihatin dan salah faham dari orang lain, tapi janganlah terlalu ambil serius. Sekarang kamu pernah merasa sakitnya, jadi kamu akan jadi lebih baik hati terhadap orang lain”, tulis Pu di microblognya pada hari ketiga pengembaraan itu.
Kini, pasangan duo tersebut masih lagi mempunyai baki tiga hari pengembaraan mereka. –Siakapkeli.my
Kredit : shanghaiist
Sumber : SK
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW