Gantung but: Aidil Zafuan umum bersara dari skuad kebangsaan

Tonggak pertahanan tengah Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 29, mengumumkan persaraannya hari ini daripada pasukan kebangsaan selepas berkhidmat hampir sembilan tahun.

Sepanjang tempoh itu, dia pernah membantu Malaysia melakar beberapa pencapaian besar antaranya meraih pingat emas Sukan SEA 2009, Kelayakan Belia Bawah 20 tahun AFC 2004, Kelayakan Sukan Olimpik 2008 serta perlawanan lain.

Gantung but: Aidil Zafuan umum bersara dari skuad kebangsaan

Gantung but: Aidil Zafuan umum bersara dari skuad kebangsaan

Dia yang kini beraksi bersama kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) merekodkan hampir 68 aksi di peringkat antarabangsa dengan penampilan terakhir ketika menyertai pasukan di Jelajah Oceania bulan lalu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong karier saya sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan

“Tidak lupa juga kepada penyokong bola sepak tanah air yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya yang mengumumkan keputusan itu menerusi laman Facebook rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers.

Ujarnya lagi, dia mahu memberi peluang kepada pemain muda yang berbakat untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan yang akan datang.

Sumber : Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post