Gadis ada diploma sanggup kerja jadi tukang cuci bersama ibu

“Biarlah orang nak mengata, saya tak patah semangat kerana saya suka jadi ‘cleaner’ (tukang cuci),” itu kata Ain Farhana Abdul Aziz, 23, graduan Diploma Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhubung kisahnya bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya yang sebelum ini viral di media sosial sejak kelmarin.

Pencuci tandas berdiploma

Pencuci tandas berdiploma

Biarpun tindakannya itu menjadi inspirasi segelintir generasi muda apabila ditawarkan pekerjaan tetap, namun sebelum itu dia menerima pelbagai tohmahan sesetengah pihak hanya kerana menjadi tukang cuci selepas tamat pengajian.

Tindakannya berhenti kerja sebagai pembantu teknikal di sebuah syarikat di Damansara juga mendapat kritikan kerana dikatakan sebagai merugikan.

Ain yang bekerja sebagai tukang cuci bersama ibunya selepas tamat pengajian April tahun lalu mengakui dia tidak boleh bertahan lama dengan pekerjaan baru di Damansara sebelum kembali menjadi tukang cuci di Rapid Rail Sdn Bhd, Depoh Subang sebulan kemudian.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post