Suami potong kemaluan isteri hamil 6 bulan

Seorang wanita cedera parah di utara Afghanistan selepas suaminya memukul dan memotong sebahagian daripada kemaluannya.

Lelaki Afghanistan kerat kemaluan isteri

Lelaki Afghanistan kerat kemaluan isteri

Insiden itu berlaku di daerah Ashkamish di wilayah Takhar. Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an memaklumkan BBC, beliau tidak tahu punca serangan.

Kes memotong kemaluan jarang berlaku di Afghanistan, namun laporan keganasan terhadap wanita kian meningkat. Wanita itu kini dirawat di hospital di Kunduz.

Abang mangsa mengesahkan kecederaan itu kepada BBC sambil menyatakan ibu saudaranya sudah melihat kecederaan dialami mangsa.

Seorang doktor berkata, mangsa yang hamil enam bulan mengalami keguguran akibat keganasan itu. – Agensi

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post