Gempar! Insiden tembak-menembak depan lampu isyarat di Setapak

Satu insiden tembakan dilaporkan berlaku di sebuah kawasan komersial yang terletak di Setapak, di sini, hari ini.

Beberapa foto dan rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan sebuah kereta model sedan dan berwarna gelap terlibat.

Gempar! Insiden tembak-menembak depan lampu isyarat di Setapak

Gempar! Insiden tembak-menembak depan lampu isyarat di Setapak

Difahamkan, setakat ini, polis sudah berkawal di perimeter kejadian bagi mengelakkan orang ramai terus mengerumuni kenderaan tersebut.

Foto kiriman netizen di laman sosial hari ini turut menunjukkan cermin pintu hadapan yang menerima tujuh das tembakan, manakala lima das tembakan dilepaskan pada cermin pintu belakang.

Setakat ini belum dipastikan butiran kejadian atau sama ada terdapat sesiapa yang cedera dalam serangan itu.

Sumber : Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post