Hafiz Mahamad berang dituduh manjakan kekasih lebih dari keluarga sendiri

ANDA pasti mengingati kisah sang jejaka Hafiz Mahamad yang beraksi romantis menyewa sebuah limosin bagi menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Syafiqah Aina yang menjadi viral baru-baru ini.

Perbuatan Hafiz itu menyebabkan banyak wanita di luar sana mendambakan teman lelaki persis dirinya yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menggembirakan hati insan tersayang.

 

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih Manjakan Kekasih Dari Keluarga

 

 

 

Namun, tak semua yang bersetuju dengan tindakan Hafiz itu yang disifatkan mereka sebagai menunjuk-nunjuk selain ia tidak manis memandangkan kedua-duanya masih belum mempunyai hubungan yang sah dan halal.

Sejak tindakannya menjadi viral, semua aspek hidupnya mula menjadi perhatian umum.

Terbaharu, Hafiz dikritik netizen kerana dikatakan demi kekasih, dia sanggup ‘bergolok-gadai’ untuk meraikan birthday tapi tergamak bagi bapanya tidur di atas tilam (toto) atas lantai di rumah yang ‘kosong’ dengan perhiasan.

Bengang dengan tuduhan itu, Hafiz kemudian memuat naik gambar netizen yang memfitnahnya itu bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih Manjakan Kekasih Dari Keluarga

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih Manjakan Kekasih Dari Keluarga

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih Manjakan Kekasih Dari Keluarga

Menurut jejaka itu, bukan ayahnya tidak mampu untuk tidur di atas katil atau dia tidak mahu membelikan katil namun sebaliknya, bapanya lebih gemar tidur di atas lantai.

Ini kerana jika tidur di atas katil, ayahnya akan sakit-sakit badan, kata Hafiz.

Hafiz Mahamad Dituduh Lebih Manjakan Kekasih Dari Keluarga

Hal mengenai bapanya tidur tanpa katil tersebar selepas kekasihnya, Syafiqah berkongsikan gambar Hafiz sedang memakaikan bapanya baju di atas  toto di lantai menerusi laman Instagramnya.

Susulan itu, Hafiz teruk dikritik kononnya lebih memanjakan teman wanita daripada ahli keluarganya sendiri.

Namun, dengan penjelasan panjang lebar yang diberikan Hafiz itu diharapkan netizen tidak lagi ‘mengacau’ hidupnya.

Tapi itulah, once nama dah viral, tentunya segala apa yang anda lakukan akan menjadi perhatian orang di luar sana.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post