Menanti setia ketibaan ibunya setiap kali Aidilfitri sudah menjadi rutin buat Ahmad (bukan nama sebenar) sejak tiga tahun lalu biarpun jauh di lubuk hatinya dia tahu janji ibunya itu tidak pernah ditunaikan.
Diabaikan tanpa sebarang penjagaan selama berada di bawah jagaan orang tuanya bagaimanapun tidak mengubah perasaan Ahmad yang kini berusia 11 tahun untuk terus mengharapkan kasih sayang yang diperlukan kanak-kanak seusianya.
Baginya, erti sebuah keluarga adalah tempat bermanja dan meluahkan apa yang terpendam, sekali gus menjadikan keluarga adalah segalanya dan tidak mungkin ada gantinya.
Menurut Ahmad, biarpun tidak dapat bersama keluarga tercinta pada lebaran kali ini, namun dia masih bersyukur kerana dikurniakan keluarga besar di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, di sini.
“Saya tidak mahu benda lain. Saya hanya mahu keluarga dan syukur masih diberi kesempatan berteduh di sini biarpun bukan bersama darah daging sendiri.
Sumber ; Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW