Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas lehernya dikelar dengan tali layang-layang bersalut kaca ketika menunggang motosikal di sini baru-baru ini.
Yogesh Sharma, 52, maut pada petang Jumaat lalu selepas lehernya terbelit dengan tali layang-layang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Jurucakap polis, Salmantaj Patil berkata, ketika Sharma melalui sebuah jejambat lehernya tiba-tiba tersangkut pada tali layang-layang.
“Seorang saksi memberitahu, dia melihat Sharma menunggang motosikal sejauh beberapa meter sebelum terjatuh di atas jalan raya.
“Orang yang memberi bantuan melihat ada tali layang-layang melilit leher mangsa dan banyak darah yang keluar,” katanya.
Sumber : Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR